Wednesday, August 19, 2009

SALAM PERTEMUAN BUAT DA'I DAN MURABBI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh......
Buat pertama kalinya jQAF sk Batu Lanchang memulakan gerak langkah melayari dunia maya ciber. Apa yang diperlukan ialah buat para sahabat-sahabat, ustaz-ustaz, dan ustazah-ustazah sekelian hanya pandangan antum semua, dan bahan-bahan yang kiranya dapat dijadikan pengukuh kepada P&P Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Salam Da'i wa Murabbi. Memandangkan sudah sekian lama j-QAF berada dalam persada Pendidikan Malaysia, masih ramai yang rasanya tidak benar-benar hadham dengan konsep j-QAF, maka saya rasa tergerak untuk membina blog ini, dalam masa yang sama kami warga j-QAF dan P.Islam SK Batu Lanchang amat berbesar hati menerima dan ingin berkongsi sesuatu dari sekolah-sekolah lain, agar maklumat tentang perlaksanaan j-QAF ini tidak bercanggah dengan apa yang dimaklumkan kepada kita semua.